Sabtu, 2 Mac 2013

Tentera Sulu Di Lahad Datu: Diantara Pewaris- Mengapa Yang Paling Miskin Yang Menceroboh?





SATU pertanyaan yang perlu jawapan, diantara "pewaris" Sulu mengapa kumpulan yang tidak dikenal dan termiskin yang menceroboh lalu membuat tuntutan ke atas Sabah?

Kumpulan Jamalulil Kiram III adalah antara yang termiskin diantara "pewaris" yang mengaku sebagai pewaris Sultan Sulu.

Siapa dalang kepada tindakan  itu? dan apa tujuan sebenar?

Pada Khamis lalu, pihak polis secara terang-terangan memberitahu, bahawa kumpulan penceroboh itu datang untuk menyelesaikan satu perjanjian? Perjanjian apa itu?

BNpost yakin ada dalang dibelakang pencerobohan ini. Dalang itu tahu betul, bahawa BN sangat tergantung kepada bumiputera islam terutama di bahagian pantai timur Sabah di mana rakyat yang mendiami kawasan ini ada pertalian darah dengan sukuan suluk.

Tujuan dalang ini adalah bermatalamat politik. Jika pasukan keselamatan negara tidak mengesan niat sebenar dalang ini, maka mungkin tindakan ketenteraan dari awal-awal lagi dilakukan.

Kumpulan lebih 100 orang yang mendarat di Lahad Datu Sabah pada 9 Februari lalu dan mendiami Kg Tanduo sejak malam 12 Februari terdiri daripada mereka yang lanjut usia  termasuk lima wanita, walaupun ada 20 orang bersenjata yang menyertai mereka.

Menurut laporan awal daripada Manila, kumpulan itu pada asalnya berlayar ke Sabah dengan kata sandi Ekspidsi Pulang Kampung, tidak dilengkapi senjata, malah ada yang mendakwa bahawa senjata yang ada pada mereka ini mungkin diperoleh sebelum melakukan pendaratan.

Kumpulan yang mendarat di Sabah itu semuanya berbangsa suluk/tausog. Di Sabah bangsa suluk/tausog merupakan salah satu suku dalam kategori bumiputera.

Dalam suku suluk, ikatan kekeluargaan sungguh kuat, sehinggakan musuh satu kumpulan keluarga akan dianggap sebagai musuh semua suku itu.

Jika lah kerajaan dari awal-awal lagi melakukan tindakan ketenteraan terhadap penceroboh itu, BNpost yakin orang pertama yang memberi bidasan adalah Anwar Ibrahim dan barisan pembangkang lain. Bukan itu sahaja dunia antarabangsa akan mengutuk Malaysia kerana menyerang orang-orang tua termasuk wanita.

Anwar akan membakar perasaan bangsa suluk di Sabah, bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang jahat. Kerajaan BN adalah kerajaan yang zalim. 

Dengan kepitahan Anwar berpidato, dia akan membakar semangat bangsa suluk agar menolak BN, kerana BN tidak tahu berterima kasih ke atas sokongan bangsa itu terhadap BN terutama di kawasan Pantai Timur Sabah, sebaliknya membunuh sanak saudaranya, bangsanya yang tidak berdosa.

Sebenarnya inilah matlamat Dalang itu termasuk Pembangkang. Atas sebab itu akibat pencerobohan itu, mereka memperlekeh pasukan keselamatan malahan meminta agar Menteri Dalam Negeri dan Menteri Peratahan Malaysia meletakan jawatan.

Nasib baik para pemimpin Kerajaan BN mengesan muslihat disebalik pencerobohan itu, jika tidak maka malapetaka akan melanda BN, terutama menjelang PRU-13 ini.

Kawasan-kawasan Pantai Timur Sabah tidak akan selamat lagi kepada BN, kerana kumpulan bangsa suluk akan menolak calon BN kerana marah dan protes.

Sekalung bunga untuk para pemimpin Bn dan pasukan keselamatan kerana mengesan motif sebenar pencerobohan itu, adalah didalangi oleh pihak tertentu dalam negara yang ingin mencapai kemenangan dalam PRU-13.

Banyak kejadian yang pelik-pelik berlaku sebelum pencerobohan itu. Misalnya terkandasnya USS Guardian  pada 17 Januaari di perairan Barat Laut Filipina, sedangkan kapal itu dilengkapi peralatan canggih. Tertangkapnya Amalilio di Sabah, kemudian Fact Finding Pakatan yang dilakukan oleh Tian Chua dan S. Sivarasa ke Manila, kononya mencari bukti-bukti, sedangkan operasi Aman Futures bukan berlaku di Manlia, akan tetapi 1,113 km daripada Manila.

Seperkara lagi, kejadian pencerobohan di Lahad Datu, bertepatan dengan pengusiran seorang senator daripada Australia, sahabat Anwar.

Pengusiran itu diputar belit oleh pembangkang, bahawa individu yang tidak bersenjata dihalang memasuki negara, sebaliknya yang bersenjata dilakukan perundingan.

Dua kejadian ini, memang telah dirancang dengan rapi, agar bertepatan, dengan tujuan mencunting arang kepada kerajaan.

Bagi BNpost, pencerobohan kumpulan yang mengaku Tentera Sulu di Lahad Datu, memang dirancang oleh pihak2 tertentu, menjelang PRU-13, agar supaya para pemimpin BN hilang tumpuhan dan akibatnya penerangan kepada rakyat akan berkurangan.

Kita patut bersyukur, kerana pasukan keselamatan mengambil pendekatan damai, jika tidak kerajaan BN akan menanggungnya. Tidak apalah apa kata Pembangkang, kerana penceroboh itu bukalah musuh utama, apatah lagi terdiri daripada mereka yang berusia.

Kumpulan ini diperguna dan kemungkinan besar dibayar, kerana berasaskan maklumat, kumpulan ini adalah kumpulan susah, sehingga "Nothing To Lose" jika mengambil bahagian, malah kemungkinan untung ada.

Kini, di merata tempat di Sabah, bahawa kumpulan suku bangsa suluk menganggap bahawa kerajaan dan pasukan keselamatan tidak zalim, dengan anggapan itu, maka niat dalang tersebut gagal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...