Selasa, 17 Oktober 2017

Di mana Klepto-Mahathir sembunyikan RM100 bilionnya





❎ LAMPIRAN 1: Petikan dari artikel "Marcos, Mubarak & Mahathir – Who’s The Richest Man?’ (Finance Twitter, 14th February 2011)"

◼ Dengan menggunakan fomula yang sama, jika Mubarak "memperoleh" kira-kira US$1bilion hingga US$2 bilion setahun, maka kekayaan Mahathir dengan mudah boleh mencapai US$22 hingga US$44 bilion dalam masa 22 tahun pemerintahannya

❎ LAMPIRAN 2: Petikan dari artikel "Top Malaysian politicians use offshore secrecy | Center for Public Integrity" 

◼Menurut cache dokumen yang dibocorkan, Pegawai-pegawai atasan utama kerajaan Malaysia, ahli keluarga mereka, dan syarikat yang bersekutu dengan mereka adalah antara mereka yang memiliki syarikat luar pesisir rahsia di Singapura dan British Virgin Islands

❎ LAMPIRAN 3: Petikan dari artikel "So is Dr M the world’s 2nd richest ex-leader with $44 BILLION?’ (Hornbill Unleashed, 21st December 2012)"

◼ Tidak lama dahulu bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberitahu penonton di Australia bahawa Mahathir dan rakan-rakannya telah memberikan kontrak-kontrak kerajaan kepada diri mereka sendiri 

◼ Pentadbiran Mahathir kemudiannya menuduh Razaleigh sebagai "mengkhianati" negara kerana mendedahkan penyelewengan mereka di luar negara

❎ LAMPIRAN 4: Petikan dari artikel "Mahathir’s RM160 Billion Banking Empire"

◼ Mahathir diumumkan sebagai pemimpin kleptokrat kedua terkaya di dunia yang masih hidup dan proksinya, Tun Daim Zainuddin, mempunyai kepentingan di dalam lebih daripada 50 bank di seluruh dunia

◼ Kebanyakan bank ini juga menerbitkan bon kepada satu sama lain melalui skim bercagar sebagai satu cara untuk memindahkan wang dari satu bank ke bank lain tanpa dikesan (aktiviti Money Laundering)

Where Klepto-Mahathir has hidden his RM100 billion – Malaysia Today 




Banyak yang telah ditulis oleh orang ramai tentang berapa banyak nilai kekayaan Mahathir dan keluarganya dan juga bagaimana mereka berjaya menjadi kaya. Malah, Mahathir dikatakan sebagai pemimpin kleptokrat yang kedua terkaya di dunia yang masih lagi hidup dan proksinya, Daim, mempunyai kepentingan di dalam lebih daripada 50 bank di seluruh dunia. Sekarang kami akan dedahkan di mana RM100 bilion Mahathir, yang mana jika digabungkan dengan RM60 bilion yang di pegang oleh Daim, kini dianggarkan bernilai RM200 bilion.

THE CORRIDORS OF POWER
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "sekarang ini SPRM berkerja keras, untuk menangkap pelbagai individu di Sabah. Tidak perlu mereka berlakun dan dan berpura-pura seolah-olah mereka akan membasmi kes rasuah sedangkan tidak ada siasatan mengenai wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib,".

Sebenarnya kenyataan Mahathir itu adalah tidak benar kerana semasa berita itu disiarkan, Mahathir sama ada sedang tidur ketika atau dia cuba menghasut rakyat Malaysia. Pada bulan Januari dan Februari 2015, Mahathir berkata wang 1MDB RM42 bilion telah hilang di udara nipis. Tetapi kemudian ternyata bahawa RM31.5 bilion wang Bank Negara yang senenarnya telah hilang di udara nipis. Dan Mahathir mengatakan bahawa walaupun beliau mungkin menjadi Perdana Menteri pada masa itu tetapi dia tidak menyedari kehilangan wang tersebut.

Hari ini, Mahathir tidak lagi bercakap tentang wang RM42 bilion yang hilang di udara nipis. Dia hanya bercakap mengenai wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bank Perdana Menteri Najib Tun Razak. Pada mulanya Mahathir mahu Najib menjelaskan sumber wang tersebut. Dan Najib telah beri penjelasannya: dimana dia juga menjelaskan sumber wang tersebut.

Selepas Najib menjelaskan sumber wang tersebut, Mahathir berkata beliau tidak mempercayai penjelasan Najib dan mengatakan bahawa Najib berbohong. Sekiranya Mahathir tidak percaya apa yang dikatakan oleh Najib maka mengapa dia meminta beliau menjelaskan sumber wang itu? Anda meminta seseorang untuk menerangkan dan menjelaskan sesuatu dan apabila dia mrmberi penjelaskan, anda kata anda tidak percaya dengan penjelasan orang itu.

Walau bagaimanapun, Najib sekurang-kurangnya telah pun menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Mahathir, tetapi Mahathir pula enggan memberi penjelasan terhadap tuduhan yang dilempar terhadapnya. Sebagai contoh, lihat laporan-laporan di bawah, dimana sehingga ke hari ini Mahathir masih enggan memberi respons terhadap tuduhan-tuduhan tersebut.

•••••••••••••LAMPIRAN 1•••••••••••••

Tidak kira sama ada kekayaan Mubarak adalah AS$40 bilion, AS$70 bilion atau lebih, hakikatnya bahawa untuk menjejaki jejak wang tersebut adalah hampir mustahil, apalagi untuk menuntutnya kembali kepada rakyat Mesir. Walaupun selepas lebih 20 tahun kematian bekas diktator Marcos, kerajaan Filipina tidak dapat membawa balik berbilion dolar yang dirompaknya, apa lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan baru Mesir untuk mendapatkannya semula harta rompakan Mubarak walaupun dengan adanya teknologi maklumat hari ini?

Dengan menggunakan fomula yang sama, jika Mubarak "memperoleh" kira-kira US$1bilion hingga US$2 bilion setahun, maka kekayaan Mahathir dengan mudah boleh mencapai US$22 hingga US$44 bilion dalam masa 22 tahun pemerintahannya. Bagaimanapun, Malaysia mempunyai lebih banyak sumber semula jadi daripada Mesir dan ekonomi Malaysia adalah lebih kaya. Oleh itu, nilai Mahathir mungkin lebih daripada itu.

From ‘Marcos, Mubarak & Mahathir – Who’s The Richest Man?’ (Finance Twitter, 14th February 2011)

•••••••••••••LAMPIRAN 2•••••••••••••

Menurut cache dokumen yang dibocorkan, Pegawai-pegawai atasan utama kerajaan Malaysia, ahli keluarga mereka, dan syarikat yang bersekutu dengan mereka adalah antara mereka yang memiliki syarikat luar pesisir rahsia di Singapura dan British Virgin Islands.

Mengikut anggaran oleh pemantau kewangan yang berpusat di Washington iaitu Global Integriti Kewangan (GFI), walaupun sesetengah syarikat luar pesisir menjalankan urus niaga yang sah, yang lain mungkin menjadi sebahagian daripada RM871.4 bilion (kira-kira $285 bilion) yang hilang melalui melalui aliran keluar secara haram selama 10 tahun.

Mirzan Mahathir, anak sulung Mahatir, juga termasuk dalam senarai ICIJ sebagai pengarah dan pemegang saham tiga syarikat luar pesisir. Kenderaan komersil utama Mirzan di Malaysia ialah Crescent Capital Sdn Bhd, sebuah pegangan pelaburan dan firma bebasmemberi nasihat strategik dan kewangan. Beliau adalah pengerusi dan ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut.

Mirzan Mahathir, the eldest son ofMahathir, is also among those the ICIJ list as director and shareholder of three offshore companies. Mirzan’s major commercial vehicle in Malaysia is Crescent Capital Sdn Bhd, an investment holding and independent strategic and financial advisory firm. He is the company’s chairperson and chief executive officer.

Top Malaysian politicians use offshore secrecy | Center for Public Integrity 

https://www.publicintegrity.org/2013/04/09/12461/top-malaysian-politicians-use-offshore-secrecy?_e_pi_=7%2CPAGE_ID10%2C3304669550 

•••••••••••••LAMPIRAN 3•••••••••••••

Sepertimana yang di tulis didalam buku Barry Wain bertajuk "The Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya AS$100 bilion telah hilang semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga ke tahun 2003. Kebanyakan wang yang hilang itu mungkinnya adalah perbezaan antara kos sebenar perolehan kerajaan , kontrak, tender, permit, konsesi, kuota, lesen dan sebagainya dimana amaun tersebut yang jumlahnya adalah dua, tiga atau bahkan sepuluh kali jumlah sebenar, akhirnya di tanggung oleh pembayar cukai.

Tidak lama dahulu bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberitahu penonton di Australia bahawa Mahathir dan rakan-rakannya telah memberikan kontrak kerajaan kepada diri mereka sendiri (sila rujuk di bahagian tengah pautan dibawah). Pentadbiran Mahathir kemudiannya menuduh Razaleigh sebagai "mengkhianati" negara kerana mendedahkan penyelewengan mereka di luar negara. Nampaknya Mahathir adalah Malaysia dan Malaysia adalah Mahathir. Maka adalah jelas Mahathir hanya boleh melakukan sepertimana tuduhan yang dilempar Razaleigh iaitu dengan mengambil wang kerajaan untuk dirinya sendiri melalui rangkaian penama, kroni, kucing kurap dan sebagainya

HOT ! KEKAYAAN MAHATHIR TERBONGKAR !!!! 

http://pkrl.blogspot.my/2012/12/hot-kekayaan-mahathir-terbongkar.html?m=1 

From ‘So is Dr M the world’s 2nd richest ex-leader with $44 BILLION?’ (Hornbill Unleashed, 21st December 2012)

•••••••••••••LAMPIRAN 4•••••••••••••

Walaupun Mahathir terus mendesak Najib menjelaskan perkara ini, itu dan yang lain (secara kebetulan yang Najib telah menjelaskannya), tetapi Mahathir sendiri tidak menjelaskan tentang isu-isu yang kami dedah mengenai dirinya. Walau bagaimanapun, kali ini kita tidak akan bebincang tentang bagaimana Mahathir mendapat wang berbillion-billion kerana ramai yang telah menulis tentang nilai harta Mahathir dan keluarganya dan bagaimana mereka boleh menjadi kaya.

Malah, Mahathir diumumkan sebagai pemimpin kleptokrat kedua terkaya di dunia yang masih hidup dan proksinya, Tun Daim Zainuddin, mempunyai kepentingan di dalam lebih daripada 50 bank di seluruh dunia. Sekarang kami akan dedahkan di mana RM100 bilion Mahathir, yang mana jika digabungkan dengan RM60 bilion yang di pegang oleh Daim, kini dianggarkan bernilai RM200 bilion.

Daim, yang bertindak untuk dirinya sendiri dan sebagai proksi Mahathir, adalah pemilik benefisial rentetan bank yang berpusat di Afrika dan beberapa bahagian di Eropah. Bank-bank (dan bukan institusi kewangan perbankan) ini dikatakan melebihi 50.

Daim mengekalkan pemilikan keatas bank-bank ini melalui rangkaian kompleks skim rentas yang melibatkan entiti proksi yang berpangkalan di Indonesia, Afrika, Switzerland, Panama dan Eropah. Susunan benua silang membolehkannya untuk sembunyikan dirinya dari pengetahuan umum dan menjadikannya amat sukar bagi pihak berkuasa untuk mengesan hubungannya dengan mana-mana bank ini.

Kebanyakan bank di Afrika yang ada kaitkan dengan Daim mempunyai paper-trail emas dan berlian yang disahkan, sering melalui pelaburan dalam entiti luar negara dengan bantuan institusi kewangan di Switzerland, Arab Saudi dan UAE. Kebanyakan bank ini juga menerbitkan bon kepada satu sama lain melalui skim bercagar sebagai satu cara untuk memindahkan wang dari satu bank ke bank lain tanpa dikesan.

http://www.malaysia-today.net/where-klepto-mahathir-has-hidden-his-rm100-billion/







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...