Rabu, 18 Oktober 2017

Sebenarnya, Najib Sedang Kembalikan Hak Rakyat Dirompak Kleptokrat Mahathir



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang sebenarnya sedang berusaha untuk mengembalikan kepada rakyat apa yang pernah dirampas oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad semasa 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003.
Penyokong dan macai tidak perlu melindungi Mahathir kerana bukti bahawa Mahathir yang sebenarnya kleptokrat dan meratah kekayaan Malaysia yang sepatutnya jadi milik rakyat. Bukan sedikit, kalau dikira dari awal, sudah beratus bilion agaknya wang yang digelapkan Mahathir tanpa pengetahuan rakyat.

Pada zaman dia, bantuan yang jelas yang diberikan hanyalah subsidi minyak yang digunakan sebagai samaran sudah bantu rakyat tangani kos sara hidup. Subsidi ke atas bahan api petrol diberikan secara pukal kepada semua orang, orang kaya semua dapat juga subsidi.
Zaman Najib, beliau tidak semudah itu beri subsidi secara buta-buta. Kekayaan negara diteliti dan kumpulan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dikenalpasti. Kemudian mereka diberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat dalam setahun.
Ia bagi membantu meringankan beban rakyat termasuk memberikan bantuan insurans Takaful jika ada penerima BR1M yang ditimpa sebarang kecelakaan. Jumlah BR1M pada tahun ini ialah RM6.8 bilion. Penulis rasa hendak senaraikan sedikit antara banyak kes dana awam diseleweng oleh orang-orang Mahathir yang sepatutnya jadi hak rakyat.
Dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan skandal Forex yang menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) hilang sampai RM32 bilion, Mahathir pada masa itu jadi Perdana Menteri sekitar tahun 90-an. Beliau habis-habisan menyalahkan George Soros yang menyebabkan kerugian itu.
Secara senyap Kementerian Kewangan di bawah kerajaan Mahathir pada masa itu jalankan perniagaan Forex padahal ia adalah salah di sisi undang-undang sampai RM32 bilion hilang, Mahathir kata beliau tidak tahu dan tidak diberitahu.
Berapa banyak wang rakyat digunakan untuk selamatkan syarikat-syarikat kroni Mahathir sehingga berlaku kegawatan ekonomi memaksa Mahathir menggunakan sumber wang yang ada untuk tujuan itu.
Mahathir juga berikan duit rakyat kepada kroni dalam bentuk projek dengan perjanjian berat sebelah supaya dapat wang untuk menjalankan kegiatan parti dari kroni-kroni berkenaan. Najib pada masa ini, tidak mahu ikut jejak langkah Mahathir dan oleh itu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya melabur dengan usaha sendiri dan keuntungan adalah untuk negara.
Beliau tidak mahu ingat semua itu, kerana kini kekayaan yang digelapkan itu cuba dibawa balik sampai sanggup menggulingkan kerajaan BN tanpa sebab dan mahu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.
Melalui BR1M, pembangunan MRT, projek perumahan PR1MA, jajaran lebuhraya Pan-Borneo tanpa tol dan pelbagai insentif adalah untuk mengembalikan apa yang sepatutnya menjadi hak rakyat tetapi tidak pada zaman Mahathir dulu. Kerajaan kini sentiasa berusaha menyelamatkan rakyat dari kesengsaraan pada zaman kleptokrasi Mahathir.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...