Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah
mengeluarkan saman sejumlah RM920,000 kepada Celcom Axiata Berhad,
Merchantrade Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Tune Talk Sdn Bhd, Maxis Mobile
Services Sdn Bhd dan Maxis Broadband Sdn Bhd.
SKMM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata syarikat-syarikat itu
disaman kerana melanggar syarat lesen mereka, khususnya kerana gagal
memastikan maklumat tepat pengguna akaun prabayar telah didaftarkan
dengan betul.
"Celcom Axiata menerima lapan saman berjumlah RM400,000, Merchantrade
tujuh saman (RM240,000) dan U Mobile empat saman (RM100,000).
"Maxis Mobile menerima tiga saman (RM150,000) dan Maxis Broadband
serta Tune Talk masing-masing menerima saman sebanyak RM10,000," kata
suruhanjaya itu.
Pengerusinya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu
melihat kegagalan memastikan pendaftaran betul maklumat pengguna yang
tepat sebagai kesalahan yang serius.
"Kami telah menerima pelbagai aduan dan maklumat tentang kes-kes di
mana nombor MyKad atau IC serta nama-nama individu telah digunakan
walhal individu berkenaan tidak pernah memohon perkhidmatan tersebut
daripada syarikat telekomunikasi yang dimaksudkan," katanya.
Pembekal perkhidmatan atau wakil-wakil mereka dikehendaki untuk
mengesahkan maklumat yang diberikan oleh bakal pelanggan seperti yang
terkandung dalam MyKad atau lain-lain dokumen pengenalan rasmi, seperti
pasport, katanya.
"Pendaftaran ini adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan maklumat
pengguna akhir yang juga merupakan pelanggaran syarat lesen sebagaimana
yang ditetapkan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi dan Multimedia
1998," katanya. BERNAMA
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah