SATU pertanyaan yang perlu jawapan,
diantara "pewaris" Sulu mengapa kumpulan yang tidak dikenal dan
termiskin yang menceroboh lalu membuat tuntutan ke atas Sabah?
Kumpulan Jamalulil Kiram III adalah
antara yang termiskin diantara "pewaris" yang mengaku sebagai pewaris
Sultan Sulu.
Siapa dalang kepada tindakan
itu? dan apa tujuan sebenar?
Pada Khamis lalu, pihak polis secara
terang-terangan memberitahu, bahawa kumpulan penceroboh itu datang untuk
menyelesaikan satu perjanjian? Perjanjian apa itu?
BNpost yakin ada dalang dibelakang
pencerobohan ini. Dalang itu tahu betul, bahawa BN sangat tergantung kepada
bumiputera islam terutama di bahagian pantai timur Sabah di mana rakyat yang
mendiami kawasan ini ada pertalian darah dengan sukuan suluk.
Tujuan dalang ini adalah
bermatalamat politik. Jika pasukan keselamatan negara tidak mengesan niat
sebenar dalang ini, maka mungkin tindakan ketenteraan dari awal-awal lagi dilakukan.
Kumpulan lebih 100 orang yang
mendarat di Lahad Datu Sabah pada 9 Februari lalu dan mendiami Kg Tanduo sejak
malam 12 Februari terdiri daripada mereka yang lanjut usia termasuk lima
wanita, walaupun ada 20 orang bersenjata yang menyertai mereka.
Menurut laporan awal daripada
Manila, kumpulan itu pada asalnya berlayar ke Sabah dengan kata sandi Ekspidsi
Pulang Kampung, tidak dilengkapi senjata, malah ada yang mendakwa bahawa
senjata yang ada pada mereka ini mungkin diperoleh sebelum melakukan pendaratan.
Kumpulan yang mendarat di Sabah itu
semuanya berbangsa suluk/tausog. Di Sabah bangsa suluk/tausog merupakan salah
satu suku dalam kategori bumiputera.
Dalam suku suluk, ikatan
kekeluargaan sungguh kuat, sehinggakan musuh satu kumpulan keluarga akan
dianggap sebagai musuh semua suku itu.
Jika lah kerajaan dari awal-awal
lagi melakukan tindakan ketenteraan terhadap penceroboh itu, BNpost yakin orang
pertama yang memberi bidasan adalah Anwar Ibrahim dan barisan pembangkang lain.
Bukan itu sahaja dunia antarabangsa akan mengutuk Malaysia kerana menyerang
orang-orang tua termasuk wanita.
Anwar akan membakar perasaan bangsa
suluk di Sabah, bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang jahat. Kerajaan BN
adalah kerajaan yang zalim.
Dengan kepitahan Anwar berpidato,
dia akan membakar semangat bangsa suluk agar menolak BN, kerana BN tidak tahu
berterima kasih ke atas sokongan bangsa itu terhadap BN terutama di kawasan
Pantai Timur Sabah, sebaliknya membunuh sanak saudaranya, bangsanya yang tidak
berdosa.
Sebenarnya inilah matlamat Dalang
itu termasuk Pembangkang. Atas sebab itu akibat pencerobohan itu, mereka
memperlekeh pasukan keselamatan malahan meminta agar Menteri Dalam Negeri dan
Menteri Peratahan Malaysia meletakan jawatan.
Nasib baik para pemimpin Kerajaan BN
mengesan muslihat disebalik pencerobohan itu, jika tidak maka malapetaka akan
melanda BN, terutama menjelang PRU-13 ini.
Kawasan-kawasan Pantai Timur Sabah
tidak akan selamat lagi kepada BN, kerana kumpulan bangsa suluk akan menolak
calon BN kerana marah dan protes.
Sekalung bunga untuk para pemimpin
Bn dan pasukan keselamatan kerana mengesan motif sebenar pencerobohan itu,
adalah didalangi oleh pihak tertentu dalam negara yang ingin mencapai
kemenangan dalam PRU-13.
Banyak kejadian yang pelik-pelik berlaku sebelum
pencerobohan itu. Misalnya terkandasnya USS Guardian pada 17 Januaari di
perairan Barat Laut Filipina, sedangkan kapal itu dilengkapi peralatan canggih.
Tertangkapnya Amalilio di Sabah, kemudian Fact Finding Pakatan yang dilakukan oleh
Tian Chua dan S. Sivarasa ke Manila, kononya mencari bukti-bukti, sedangkan
operasi Aman Futures bukan berlaku di Manlia, akan tetapi 1,113 km daripada
Manila.
Seperkara lagi, kejadian pencerobohan di Lahad Datu,
bertepatan dengan pengusiran seorang senator daripada Australia, sahabat Anwar.
Pengusiran itu diputar belit oleh pembangkang, bahawa
individu yang tidak bersenjata dihalang memasuki negara, sebaliknya yang
bersenjata dilakukan perundingan.
Dua kejadian ini, memang telah dirancang dengan rapi, agar
bertepatan, dengan tujuan mencunting arang kepada kerajaan.
Bagi BNpost, pencerobohan kumpulan
yang mengaku Tentera Sulu di Lahad Datu, memang dirancang oleh pihak2 tertentu,
menjelang PRU-13, agar supaya para pemimpin BN hilang tumpuhan dan akibatnya
penerangan kepada rakyat akan berkurangan.
Kita patut bersyukur, kerana pasukan
keselamatan mengambil pendekatan damai, jika tidak kerajaan BN akan
menanggungnya. Tidak apalah apa kata Pembangkang, kerana penceroboh itu bukalah
musuh utama, apatah lagi terdiri daripada mereka yang berusia.
Kumpulan ini diperguna dan
kemungkinan besar dibayar, kerana berasaskan maklumat, kumpulan ini adalah
kumpulan susah, sehingga "Nothing To Lose" jika mengambil bahagian, malah kemungkinan untung ada.
Kini, di merata tempat di Sabah,
bahawa kumpulan suku bangsa suluk menganggap bahawa kerajaan dan pasukan
keselamatan tidak zalim, dengan anggapan itu, maka niat dalang tersebut gagal.