Kes
skandal rasuah berkenaan Scorpene yang sering dimainkan Pakatan Rakyat telah
dibuktikan sebagai satu penipuan apabila Mahkamah Perancis mengesahkan bahawa
aduan yang dibuat SUARAM telah ditolak kerana tidak berasas. SUARAM juga
didapati menipu tentang nama-nama mereka yang menerima sepina, dokumen-dokumen
serta penglibatan 'penterjemah' dalam beberapa rundingan pembelian kapal selam
tersebut. Malah, polis Perancis juga mengesahkan bahawa tiada siapa yang
bernama Altantuya Sharibuu pernah memasuki Perancis ketika tempoh rundingan
tersebut sedang berjalan.
Apabila
penipuan mereka terbongkar, fakta dicampurkan di sana sini yang menjadikan
'cerita' mereka tidak konsisten, terbuktilah SUARAM membuat-buat cerita. Yang
membawa kepada satu persoalan: Memandangkan kematian Altantuya adalah
satu-satunya perkara yang terjadi dan selainnya hanyalah penipuan semata-mata,
adakah SUARAM yang terlibat dalam kes bunuh tersebut?
Persoalan tersebut masih
lagi tidak terjawab...
Namun,
tiada persoalan lagi bahawa segala penipuan yang dibuat SUARAM telah terbongkar
dan perkara ini memaksa NGO tersebut untuk 'bersembunyi' seketika. Walaupun
bersembunyi, terbongkar lagi rahsia SUARAM dimana pertubuhan tersebut mempunyai
hubungan dengan George Soros, melalui pertubuhan-pertubuhan yang terlibat
dengan misi pertukaran rejim di seluruh dunia. SUARAM telah dibiayai sepenuhnya
oleh Soros melalui pertubuhan yang
mempunyai hubungan dengan beliau.
Baru-baru
ini, satu lagi dokumen yang dikeluarkan oleh SUARAM kepada pemimpin tinggi PKR
pada 27 Mei 2012 telah tersebar luas di internet. Dokumen tersebut mengandungi
agenda yang membuktikan bahawa penipuan 'scorpene-Altantuya' adalah benar.
dimana, untuk menunjukkan satu 'rompakan Malaysia terbesar', yang boleh
membantu PR untuk menang pada PRU-13 dan untuk memaksa kerajaan supaya
mendedahkan semua penjual dan pembekal bagi Kementerian Pertahanan.
Tidak
syak lagi bahawa SUARAM bukanlah sebuah pertubuhan bebas, SUARAM hanyalah
senjata PR yang mempunyai hubungan dengan pihak luar. Walaupun rahsia mereka
kini dibongkar, SUARAM masih tidak mahu mengaku kalah kerana misi mereka masih
belum selesai.
Dengan
itu, SUARAM telah mengadakan sidang akhbar semalam, 23 April 2013, untuk
menghidupkan semula kes scorpene dan Altantuya. Perkara ini tidak mengejutkan
memandangkan pilihan raya akan dijalankan tidak lama lagi.
Apa yang
mungkin akan mengejutkan SUARAM adalah, tuan mereka di Barat bukanlah
satu-satunya yang mampu 'mengorek' maklumat rahsia.
Melalui
emel SUARAM sendiri yang 'bocor', segala kesangsian terhadap hubungan SUARAM
dengan Soros, serta Neo-Con Zionis kini telah disahkan. Dengan itu, sahlah
bahawa PKR atau PR benar-benar mempunyai hubungan bersama Zionis-zionis
tersebut.
Emel
yang 'bocor' tersebut pada mulanya didedahkan oleh Free Malaysia Today,
menyatakan bahawa syarikat yang dikenali sebagai Orion Strategies didapati
telah mengaturkan perjumpaan antara Kongres serta Senator Amerika bersama
Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel. Syarikat tersebut dikatakan telah memberikan
penerangan kepada ahli-ahli politik Amerika terhadap keadaan keganasan selepas
pilihan raya serta masalah di Malaysia.
Orion
Strategies diketuai oleh bekas Penasihat Setiausaha Pertahanan AS, Randy
Scheunemann, yang banyak mewakili ahli politik haluan kanan di AS serta antara
pemimpin yang banyak membela kerajaan Israel. Kumpulan ini terkenal dengan
sikap mereka yang gemar mengadakan kempen untuk memburuk-burukkan ahli politik
AS dan mereka merupakan aset penting bagi Israel.
Scheunemann
'diiktiraf' apabila beliau membantu untuk menubuhkan Jawatankuasa bagi
Pembebasan Iraq (Committee for the Liberation of Iraq), yang membawa kepada
perang media AS sebelum serangan dilakukan ke atas Iraq pada tahun 2003 -
perang yang membawa kepada kematian 120,000 umat Islam yang tidak bersalah.
Kemudian, Scheunemann membantu menubuhkan Jawatankuasa Kecemasan untuk Israel
(Emergency Committee for Israel), sebuah organisasi yang mempunyai hubungan
rapat dengan Israel serta Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.
Naib
Presiden Orion, Michael Goldfarb pula telah melancarkan kempen bagi
memburuk-burukkan Presiden Barack Obama ketika pilihan raya AS yang lalu,
dengan menuduh Presiden Obama bahawa beliau mempunyai hubungan dengan musuh
Israel.
Cynthia
semestinya tidak menyangka bahawa beliau akan diserang dengan soalan terhadap
aturan yang dibuat oleh Orion bagi perjumpaan beliau di Washington pada bulan
Mac, jelas, bagi misi untuk melobi seperti yang dinyatakan dalam emel tersebut.
Beliau dikatakan berjumpa dengan pihak AS bersama Ibrahim Suffian dari Merdeka
Centre. Ini membuktikan bahawa Merdeka Centre juga merupakan senjata bagi puak
pembangkang, seperti yang telah dijangka.'Lawatan'
tersebut bagaimanapun, telah ditangguhkan.
Cynthia
mungkin panik dan tertanya-tanya bagaimana maklumat tersebut tersebar walaupun
beliau telah memastikan bahawa blogger serta webmaster tidak mendedahkan
perkara ini kepada wartawan yang menghadiri sidang akhbar tersebut.
Kita
tidak perlu melihat jauh untuk mengagak apa yang akan dilakukan seterusnya oleh
SUARAM ataupun pembangkang. 'Prospek keganasan selepas pilihan raya dan
masalah' yang dinyatakan dalam emel SUARAM sudah cukup untuk menunjukkan bahawa
BERSIH akan bertindak untuk memulakan 'keganasan dan kekacauan' jika PR kalah
dalam PRU-13.
Jadi,
pesanan buat SUARAM, segalanya sudah tamat. SUARAM mungkin boleh menipu Soros
kononnya misi ini masih lagi berjalan, namun SUARAM tidak boleh menipu rakyat.
Mengaku kalah sahaja, tidak perlu lawan lagi.