Khamis, 25 April 2013

Syukur Alhamdullillah, Rafizi Bersihkan Nama Kerajaan BN, PM dan Isteri Menjelang Hari Mengundi


Rafizi lembu sedang menggelebah teruk sekarang apabila kisah anak ikannya mula menjadi perbualan. Semalam dia muncul dengan satu pendedahan yang sangat-sangat MENGGEMPARKAN untuk mengalihkan perhatian orang ramai terhadap isu moralnya yang mula menjadi perbualan. 

Dia mendedahkan pasal isteri PM ada dua saman AES yang belum dibayar. Sini dan sini

Kah...kah....kah....kah....kah...kah....

Setelah gagal dalam siri fitnah yang lepas-lepas, isu saman pula yang dibangkitkannya....

Apa-apa pun kita perlu ucapkan terima kasih kepadanya.Dalam banyak-banyak pendedahan yang Rafizi lakukan, pendedahan semalamlah yang membuatkan kita betul-betul happy. Kita patut happy kerana pendedahan semalam membantu kita di tengah-tengah kempen pilihan raya yang sedang rancak sekarang.


Pendedahan semalam juga sekali gus menafikan apa yang mereka tuduh dan fitnah terhadap Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah selama ini.

Selama ini mereka menuduh kerajaan BN mengamalkan undang-undang yang tidak adil, undang-undang rimba, double standard, salah kuasa guna dan sebagainya.

Selama ini mereka menuduh Datin Seri seorang yang boros, suka bermewah-mewah , Rosmah paling berkuasa dan sebagainya. Last-last semalam Rafizi telan balik segala kahak mereka.

Jika Rafizi tidak dedahkan kita pun tak tahu yang Datin Seri Rosmah ada kereta Proton Waja. Dan apa yang di dedahkan oleh Rafizi semalam membuktikan bahawa undang-undang atau peraturan yang ada di Malaysia tidak mengenal siapa dan siapa pun tidak boleh terlepas.Sekali gus membuktikan ketelusan kerajaan BN yang memerintah negara.  Bukan seperti Rafizi lembu yang bodoh tahap gaban. Mengaku diri seorang akauntan tetapi undang-undang BAFIA pun tak tahu. Bila kena dakwa pertikai undang-undang pula.


Sekarang kita tidak perlu bersusah payah lagi hendak menerangkan kepada rakyat tentang ketelusan yang di amalkan oleh kerajaan BN. Rafizi dah tolong jawab dan siap bagi bukti lagi.


Soal saman yang belum dibayar oleh Datin Seri Rosmah, kita cuba korek-korek semalam tentang perkara itu. Daripada maklumat yang kita dapat mengatakan Datin Seri Rosmah tidak menyedari kesalahan tersebut kerana belum menerima saman berkenaan sehingga kini.

Rosmah pakai kereta Proton Waja dan ada 2 saman dijadikan isu besar. Bagaimana dengan Pesuruhjaya Pas Perlis yang pakai kereta Porshce dan ada 3 saman AES serta 4 saman trafik yang belum dibayar sehingga kini ?

Semakan di laman MyeG menunjukkan diatas nama Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin ada 18 saman yang belum dibayar sejak 11 tahun lalu. Sebanyak 7 saman untuk kereta Porshce dan 8 saman untuk sejenis kenderaan lain.

Amacam Rafizi, yang ini tak mau panggil sidang media ke ?

WWF 3000

Tiga saman AES untuk kenderaan bernombor WWF 300 milik Hashim Bin Jasin, Pesuruhjaya Pas Perlis yang belum dibayar

Porshce WWF 3000 - Empat saman polis trafik yang belum dibayar



Jumlah keseluruhan saman trafik sebanyak 15 saman untuk Pesuruhjaya Pas Perlis yang belum dibayar sejak tahun 2002

Jom kita intai saman seterusnya...

WPN 9094-pemandunya nampak seperti lembut-lembut begitu. Siapa agaknya ya ? 
Patutlah lembut, rupanya si pemandu adalah Rafizi Ramli. Ada 3 saman AES yang belum dibayar

Sebanyak 9 saman trafik yang belum dibayar oleh si pemandu lembut tersebut.

 SUMBER 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...