Setelah
hampir 23 tahun mentadbir kerajaan negeri Kelantan, pimpinan Pas masih lagi
dilihat mengunakan Islam sebagai modal untuk menagih simpati yang dijadikan
sebagai umpan untuk terus menipu rakyat. Malah Mursyidul Am, Nik Aziz selaku
menteri besar sering mengunakan alasan memartabatkan Islam bagi memastikan
dirinya terus kekal di tampuk kuasa.
Malah
slogan Kelantan merupakan “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh Pas, sebenarnya
adalah satu pembohongan. Sedangkan pada hakikatnya, semakin banyak
gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan
perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin Pas ini.
Sebagai
contoh awal tahun lalu, masyarakat didedahkan dengan laporan mengenai kewujudan
sebuah kedai makan yang dijadikan sebagai pusat karaoke berhampiran rumah
Menteri Besar itu. Dengan jarak hanya 600 meter, pusat karaoke itu turut
menampilkan wanita dengan tarian 'goyang kucing garong' atau 'tarian punggung'.
Seterusnya
Majlis Perbandaran Kota Bharu yang diberi status Bandar Raya Islam terpaksa
berdepan denga kerancakan maksiat yang tumbuh bagaikan cedawan di sekitar Kota
Bahru terutama di sekitar jalan Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis.
Tidak
cukup dengan itu negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga pernah mencatatkan
peningkatan yang mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan
berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua
minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara
bergilir-gilir.
Menurut
angka yang dikeluarkan oleh Polis Negeri Kelantan kes penyalahaan dadah turut
menunjukkan peningkatan pada tahun lalu dan menjadi penyumbang kepada
peningkatan kes jenayah. Untuk tempoh Januari hingga Ogos 2012, jumlah
tangkapan dadah keseluruhan ialah 9,881 orang berbanding tempoh sama pada tahun
2011 iaitu 7,908 orang, menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus
Bagi
kes melibatkan pengedar, sebanyak 417 orang ditahan berbanding 313 orang pada
tahun lalu, peningkatan sebanyak 33 peratus. Manakala dadah paling tersohor di
Kelantan ialah dari jenis pil kuda nama saintifiknya Methamphetamine (dadah
sintetik – campuran bahan kimia).
Maka
tidak hairanlah statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada 2011,
mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti
penyakit HIV dan AIDS. Malah negeri yang dipimpin oleh mereka yang dikatakan
ulama itu turut menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk
tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.
Oleh
yang demikian, rasionalnya Pas Kelantan dilihat GAGAL untuk membendung kegiatan
tidak bermoral ini. Ia berpunca dari sikap angkuh pimpinan PAS Kelantan
sehingga menyebabkan gelaja tidak bermoral itu semakin merosakkan rakyat.
Inilah
yang dinamakan, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak
nampak". Mereka yang selama ini melemparkan pelbagai tuduhan kepada
kerajaan BN/Umno kononnya tidak Islamik dan sebagai, terpaksa berdepan dengan
musibah Allah SWT kerana sifat riak dan punca perpecahan.
Maka
sudah tiba masanya untuk BN/Umno mengambil alih tampuk pemerintahan negeri bagi
membetulkan keadaan serta membawa kemajuan sosioekonomi khusus untuk rakyat
Kelantan yang terlalu jauh ketinggalan di belakang.
Kesimpulannya,
kerajaan Pas Kelantan langsung tidak memperdulikan rakyatnya walaupun parti itu
telah menukarkan slogan mereka kepada ‘Negara Berkebajikan’. Kalau stadium yang
dijanjikan 17 TAHUN yang lalu baru hendak dibina, bagaimanakah nasibnya dengan
janji-janji yang pernah ditaburkan? Jawapannya ‘Manifesto Bukan Janji’
Sekadar
ingin bertanya, apakah jasa Pas untuk rakyat Kelantan?
Credit
Video: Gelombang Kick