Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua laporan dan
resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang
menyiasat kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Peguam
Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata sekiranya terdapat unsur jenayah maka tindakan akan
diambil dan jika didapati terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan
diperbetulkan.
"Ya (kita sedia ambil tindakan). Kita semua mesti ingat, kalau
kesalahan jenayah, kita akan ambil tindakan. Kalau ada perkara yang tak
betul akan dibetulkan. Itu janji kerajaan. Itu sebab kita ada RCI. Kalau
kerajaan tak mahu buat (RCI), tak ada RCI.
"Tetapi kita mesti ingat, apabila kita bercakap tentang pendakwaan
jenayah ini, kita kena tengok lagi adakah cukup bukti. Dalam RCI ini
apa-apapun orang cakap boleh diterima, tanpa buktipun kita terima. Bukti
keterangan khabar angin pun kita terima.
"Tapi untuk kita ke mahkamah, kita kena tengok keterangan yang boleh
diterima. Itu kita mesti tengok tetapi itu bukan satu alasan untuk tidak
mengambil tindakan terhadap orang yang telah buat salah. Tak ada.
Tetapi kita akan mengambil tindakan tetapi mesti mengikut lunas-lunas
undang-undang.
"Jika saya tidak mengikut lunas undang-undang, orang akan kata, oh
saya tak adil atau kerajaan tidak adil," katanya kepada pemberita
selepas menghadiri majlis sambutan pembukaan Tahun Perundangan 2013 di
Mahkamah Tawau di sini, Isnin.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Hakim Negara Tun Arifin
Zakaria, Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim
Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Ketua Hakim Sabah
dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.
Sehubungan itu, Abdul Gani meminta semua pihak supaya memberi
kepercayaan penuh kepada RCI berkenaan yang disifatkannya setakat ini
telah melakukan siasatan yang benar-benar mendalam dan menyeluruh dengan
semua perkara di keluarkan.
"Semua orang pun tahu, ramai yang kena tangkap (termasuk) yang ada
kad pengenalan pun dikeluarkan (dalam siasatan RCI). Itu menunjukkan
ketelusan kerajaan. Satu lagi, kalau dipandang dari segi ini, itu adalah
betul-betul janji ditepati kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun
Razak) berkata dia akan membuat satu RCI yang telus dan dijamin perkara
ini akan dibuat dengan cara telus dan baik. Kalau tidak takkanlah semua
perkara ini keluar," katanya.
"Dan saya sangat bangga dan sukacita dengan perkara itu kerana itu
yangkita mahu. Sebab apa, kebenaran pasti wujud sepertimana yang ada.
Jadi kita tunggu. Lagi satu, jangan kelam kabbut memikirkan perkara itu.
Kerajaan tidak akan membuat satu RCI, kalau kerajaan memang salah
takkan kerajaan tangkap sampai 98 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri," katanya.
Menurut Abdul Gani mungkin ada kesilapan telah dilakukan sebelum ini
dan kesilapan itulah yang ingin disiasat sama ada dilakukan
pegawai-pegawai kerajaan, atau kerajaan sendiri ataupun ada unsur
penipuan ataupun rasuah seterusnya diselesaikan yang akhirnya
menggembirakan semua pihak.
"Dan kesilapan itu kita mesti dibendung, adalah penting bagi negeri
ini (Sabah), ini negeri saya. Kita mesti lakukan sesuatu. Jadi janganlah
kelam kabut, kita tunggu dan tengok (lihat), biarlah RCI itu buat
kerjanya dengan baik," katanya. - BERNAMA
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah