Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Sabtu, 26 Januari 2013
Lebih 1,000 bermunajat mohon rapatkan ukhuwah
PUTRAJAYA 26 Jan. - Hampir 1,000 orang umat Islam bermunajat dan berdoa demi merapatkan ukhuwah Islamiah serta perpaduan ummah dalam program Istighasah al-Kubra di Masjid Putra di sini hari ini.
Program anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dihadiri oleh para jemaah pelbagai lapisan umur itu mendirikan qiamullail seawal pukul 4.30 pagi didahului solat sunat tahajud, solat sunat hajat, dan solat sunat witir.
Seterusnya diikuti dengan solat subuh, bacaan ayat-ayat suci al-Quran, tazkirah dan bacaan zikir Istighasah beramai-ramai di pekarangan masjid sebelum program itu berakhir pada pukul 8.30 pagi.
Setiausaha MPM, Dr. Hasan Mad berkata, matlamat utama penganjuran adalah meminta pertolongan luar biasa daripada Allah bagi menyatukan umat Islam agar dilindungi daripada bencana dan musibah disebabkan perbalahan yang sering timbul.
"Perlu diingatkan, program ini tiada kaitan dengan politik mahupun sempena Pilihan Raya Umum Ke-13, jika ada ahli politik yang hadir sekalipun beliau akan dianggap sama dengan jemaah lain," katanya dalam sidang akhbar selepas program itu selesai.
Yang hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Istighasah al-Kubra, Datuk Seri Isahak Yeop Mohd. Sha dan Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.
Program anjuran MPM itu mendapat kerjasama daripada Masjid Putra dan Perbadanan Putrajaya (PPj).
Hasan berkata, lebih ramai lagi jemaah tanpa mengira ideologi dan fahaman politik akan diundang untuk menghadiri program itu pada masa hadapan.
Beliau menyifatkan program itu berupaya menjadi sebuah gelombang untuk mengenepikan apa jua perbezaan ideologi politik dan perbalahan.
Pada masa sama, beliau berkata, program itu akan diperluas ke masjid-masjid negeri dan daerah terutama di Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Johor. - UTUSAN