Sebanyak 18 permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan
Awam (Cuepacs) ditunaikan kerajaan sejak 2007, menunjukkan kerajaan
prihatin terhadap penjawat awam, kata Presidennya Datuk Omar Osman.
"Antara permohonan penting yang berjaya diselesaikan kerajaan ialah
pelarasan gaji sebanyak dua kali, lanjutan usia pencen, pencen minimum,
kenaikan elaun sara hidup, penambahbaikan gred perkhidmatan, cuti
bersalin 90 hari serta pelbagai insentif yang lain.
"Ini merupakan bukti kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan 1.4
juta penjawat awam negara ini," katanya kepada pemberita pada Majlis
Makan Malam Cuepacs Bersama Media di sini, Selasa.
Katanya kejayaan merealisasikan tuntutan itu menjadi pembakar
semangat kepada penjawat awam serta sebagai pemangkin kepada peningkatan
mutu perkhidmatan dan produktiviti mereka.
Cuepacs sedang mengusahakan beberapa lagi tuntutan antaranya kenaikan
gaji penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum dan
pelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan, katanya.
"Selain itu kita juga menanti pengumuman skim baru oleh suruhanjaya
khas transformasi perkhidmatan awam dan Jabatan Perkhimatan Awam bagi
menggantikan Skim Saraan Malaysia setelah pembatalan sistem Saraan Baru
Perkhidmatan Awam," katanya.
Pada majlis itu Omar turut menyampaikan sumbangan Cuepacs berjumlah
RM10,000 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad, yang
diterima wakil media Ketua Unit Foto Bernama Mustaza Mohd Yusoff.-BERNAMA
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah