Khamis, 16 Ogos 2012

31 Ogos: #Janji Bersih Muslihat Di Sebalik Janggut Pak Samad…??



Masih ingat lagi dengan nama Pak Samad Janggut? Pengerusi Bersama Bershit itu baru-baru ini bertegas mahu berhimpun di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini bagi menuntut pilihanraya di negara ini dijalankan dengan bersih.

Himpunan yang diketuai oleh sekutu kuat Ambiga itu sengaja memilih tarikh, waktu dan lokasi yang sama dengan Sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang saban tahun berlangsung di situ.

Meskipun dibenarkan oleh undang-undang, Menteri dan pihak polis, Pak Samad Janggut diberikan syarat untuk mematuhi undang-undang perhimpunan aman sebagaimana yang diwartakan tidak lama dulu.

Persoalannya, jika puak-puak baju kuning ini berhimpun di situ dan tidak membawa aspirasi merdeka, apakah ia tidak mengganggu semangat kebangsaan yang sepatutnya diraikan oleh para pengunjung di temasya kemerdekaan negara itu?

Saya berpendapat bahawa Pak Samad Janggut mempunyai agenda tidak baik menerusi himpunan yang dianjurkannya itu memandangkan niat utama mereka berhimpun di Dataran Merdeka itu tidak selari dengan semangat menyambut Hari Merdeka.

Pihak Kerajaan menganjurkan sambutan kemerdekaan negara dan Pak Samad Janggut pula menganjurkan sesuatu tentang pilihanraya.

Kedua-dua tujuan perhimpunan itu adalah sangat berbeza di mana sambutan kemerdekaan berpaksikan kepada semangat kebangsaan dan cintakan tanahair, manakala himpunan anjuran Pak Samad pula berasaskan politik semata-mata.

Pada saya, meskipun kehadiran Pak Samad dan para pengikutnya pada hari tersebut secara jelas akan membuat ramai rakyat Malaysia yang hadir mahu menyambut hari kemerdekaan akan merasa hambar dan “malas” untuk menyertai sambutan tersebut.

Bayangkan, sedang rakyat Malaysia tengah hangat melaungkan rasa cintakan tanahair, Pak Samad pula sebok melaungkan agenda busuk pembangkang yang jelas berniat busuk meskipun tidak dizahirkan.

Rata-ratanya rakyat faham dan tahu kedatangan Pak Samad ke majlis sambutan kemerdekaan itu berasaskan agenda memburuk-burukkan kerajaan dan membawa propaganda pihak Pakatan Haram, bukan?

Mungkin Pak Samad Janggut menafikan tujuan busuk tersebut, tapi rasanya budak tadika PASTI pun dapat hidu “bau bangkai” yang di bawa Pak Samad…

Saya berpandangan bahawa Pak Samad dan himpunannya itu adalah bertujuan untuk menggangu sambutan dan semangat Hari Merdeka di kalangan rakyat  Malaysia. Himpunannya tersirat dengan provokasi dan propaganda pembangkang.

Saya ingin bertanya pada Pak Samad, sekiranya Pak Samad sedang menganjurkan himpunan puisi di Dataran Merdeka dan datang pula sekumpulan manusia berhimpun di situ serta melaungkan “Potong janggut! Potong janggut! Cukur Janggut Serabai! Cukur Janggut Serabai!”, apa yang Pak Samad rasa?

Mereka bukannya menujukan laungan itu kepada Pak Samad dan mungkin laungan itu ditujukan kepada mereka-mereka yang berjanggut panjang dan tidak pandai menjaga janggut mereka sehingga ia kelihatan serabut serta menggangu emosi mereka…

Pak Samad suka begitu? Atau Pak Samad akan meradang dan marah pada himpunan kumpulan tersebut serta menuduh mereka sengaja mengganggu Pak Samad dengan provokasi perkataan yang menyakitkan hati meskipun mereka berhimpun secara aman?

Dengan tindakan Pak Samad ini, saya menjangkakan bahawa himpunan yang dipercayai ditaja oleh pembangkang itu bertujuan untuk memburuk-burukkan tema, logo dan sambutan Hari Merdeka secara konsisten dengan beralaskan “himpunan aman”.

Yang jelas, rakyat Malaysia akan malas untuk hadir kerana menyampah dengan kehadiran Pak Samad dan konco-konconya yang datang untuk membuat kacau. Maka motif menghambarkan sambutan kemerdekaan itu akan dicapai.

Seterusnya Harakahdaily, Malaysiakini, Keadilandaily, Roketkini dan Malaysian Insider berkemungkinan besar akan “berpesta” di laman-laman web mereka menyiarkan bahawa “Sambutan Hari Merdeka Anjuran BN HAMBAR”, bukan?

Mungkin itu muslihat di sebalik “janggut” Pak Samad kali ini. Biar pun begitu, saya yakin bahawa rakyat Malaysia bijak berfikir dan menilai tentang kewajaran atau kesesuaian tindakan Pak Samad Janggut pada 31 Ogos ini.

InsyaAllah, rakyat akan “cukur janggut” Pak Samad dan Pakatan Haram pada PRU ke-13 nanti. Harap-harap Pak Samad dapat terima kenyataan dan tidak merajuk pula. Bukan apa, hati orang tua-tua ini sensetif sikit…senang tersentuh bila “kalah angin”! mykmu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...