Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Sabtu, 11 Ogos 2012
Isu Rohingya: Kelab Putera tingkat keselamatan misi hantar bantuan..
KUALA LUMPUR - Kelab Putera 1Malaysia akan membaiki prosedur keselamatan misi kemanusiaan untuk membantu orang Islam Rohingya di Myanmar bagi mengelakkan tragedi Somalia tahun lalu berulang.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bagi memastikan ahli rombongan misi berada dalam tahap keselamatan yang optimum, mereka diwajibkan memakai jaket kalis peluru sebaik melepasi sempadan Bangladesh untuk ke kawasan bergolak.
Bagaimanapun katanya, mereka hanya akan melepasi sempadan sekiranya keadaan di sana mengizinkan untuk dimasuki.
“Rombongan misi kali ini tidak akan terus ke tempat bergolak sebaliknya akan berpusat di Bangladesh dahulu dan kami akan mendapatkan laporan mengenai keadaan di sana daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang datang dari Rakhine.
"Kalau keadaan baik barulah kita akan masuk, kalau tidak, kita hanya akan menyalurkan bantuan melalui NGO-NGO berkenaan sahaja," katanya pada sidang media ketika mengumumkan mengenai misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Rohingya, di sini, hari ini. Sinar Harian