Sabtu, 25 Ogos 2012

Ketua Audit DAP Cawangan Kampung Aman DIPECAT...!!

Tan Tuan Tat (tengah) bersama Timbalan Pengerusi Pemadam Daerah Sepang, Mahful Wajid (kiri) dan R. Bellasamy (kanan) mengadakan sidang akhbar mengenai isu salah guna kuasa dalam Parti DAP di Petaling Jaya, semalam

DAP diterajui golongan sombong


KUALA LUMPUR 24 Ogos - Gelombang penolakan ahli terhadap DAP semakin ketara apabila bekas-bekas pemimpin akar umbi yang dipecat hanya kerana bersuara menentang penyelewengan tampil mengecam corak kepimpinan parti tersebut.

Rata-rata pemimpin akar umbi menyifatkan DAP kini diterajui golongan yang sombong setelah diberi kuasa untuk memerintah beberapa negeri apabila sanggup bertindak ala kuku besi ke atas ahli yang mendedahkan penyelewengan dalam parti.

Terbaru bekas Ketua Audit DAP Cawangan Kampung Aman, Seri Kembangan, Yap Kon Min mendedahkan bagaimana beliau dipecat hanya kerana mempersoal bagaimana ahli yang didapati muflis boleh dibenarkan mengundi pada konvensyen tahunan parti.

Lagi disini : Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...