Selasa, 14 Ogos 2012

Gempar...!!! Hotel Holiday Villa terbakar malam tadi..




PETALING JAYA 14 Ogos - Sebahagian besar pekerja dan tetamu Hotel Holiday Villa & Resort di sini gempar apabila sebuah dobi dan ruang unit penyelengaraan di premis itu terbakar malam tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul, pihaknya yang menerima panggilan pada pukul 10.24 malam telah menghantar tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya, Subang dan Jalan Penchala bagi mengawal kebakaran.

"Ketika tiba di tempat kejadian terdapat kira-kira 50 pekerja dobi yang sedang bekerja dan mereka diarah keluar ke tempat selamat.

"Bomba terpaksa memakai topeng bagi memasuki ruang itu kerana asap tebal. Api berjaya dikawal kira-kira 20 minit kemudian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, punca kejadian serta kerugian masih disiasat.  Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...