Ahad, 26 Ogos 2012

9 Orang Awam cedera di New York ditembak polis...!!!

NEW YORK - Kesemua sembilan orang awam, yang tercedera dalam kejadian seorang lelaki melepaskan tembakan di kawasan paling sibuk berhampiran Empire State Building di New York pagi kelmarin, berpunca daripada tembakan oleh dua anggota polis.

Kedua-dua anggota polis veteran berkenaan melepaskan tembakan ke arah lelaki berkenaan, Jeffrey Johnson dan hanya mempunyai beberapa saat untuk bertindak apabila dia mengacukan pistol 45-caliber ketika mereka mendekatinya dari belakang.

Anggota polis bernama Craig Matthews melepaskan tujuh das tembakan manakala rakannya, Robert Sinishtaj pula sembilan, kata Polis New York semalam.

Tembakan serentak menyebabkan Johnson tersungkur dalam beberapa saat selain menyebabkan sembilan yang cedera terkena serpihan peluru.

Komisioner Polis Raymond Kelly berkata, dalam suasana kelam-kabut kelmarin, pihaknya tidak pasti sama ada Johnson atau anggota polis terbabit yang melepaskan tembakan.

"Bagaimanapin ujian balistik dan bukti-bukti lain menunjukkan kesemua sembilan mangsa cedera terkena tembakan anggota polis," katanya.

Katanya, anggota polis berkenaan tiada pilihan selain menembak Johnson, yang terkena 10 peluru di bahagian dada, lengan dan kaki.

"Saya percaya mereka bertindak dengan baik," katanya lagi.

Dalam kejadian itu, Johnson mati ditembak polis selepas dia membunuh bekas rakan yang bekerja di syarikat yang sama.

Laporan menyebut Johnson telah dipecat oleh syarikatnya.


P/S : Tak Mahu Buat SuruhanDiraja Ke Siasat...?? hihihihi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...