Isnin, 13 Ogos 2012

PTPTN Tawar Hadiah RM100 Ribu Pada Pendeposit SSPN - i



 Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah disahkan memenuhi keperluan patuh syariah berlandaskan Kontrak ‘Wakalah Bil Istithmar' olehIslamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) pada  30 November 2011. Ianya bermaksud pendeposit telah melantik PTPTN menguruskan deposit mereka melalui kontrak "mewakilkan untuk tujuan pelaburan".

       Selaras dengan pengiktirafan tersebut, PTPTN telah mereka bentuk logo rasmi baharu yang dikenali "SSPN-i".Logo tersebut  adalah kombinasi duit syiling dan buku yang melambangkan simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi dan warna biru dikekalkan berasaskan kepada warna korporat PTPTN dan perkataan i selepas SSPN adalah melambangkan Islamik iaitu produk berlandaskan syariah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...