Khamis, 16 Ogos 2012

Jeng,jeng,jeng... Nasharudin Perlu Jumpa Majlis Syura PAS ..!!




PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa perlu berhadapan dengan Majlis Syura Ulama parti itu ekoran kenyataan kontroversinya yang dilihat bertentangan dengan dasar parti khususnya membabitkan kerjasama antara DAP dalam pakatan pembangkang.

Malah Ahli Parlimen Bachok itu juga berkemungkinan boleh dihadapkan dan disiasat Jawatankuasa Disiplin PAS sekiranya gagal memberi penjelasan kukuh kepada Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Nasharudin perlu memberi penjelasan terpeinci berhubung kenyataannya yang bertentangan dengan dasar parti.

"Nasharudin bukan sahaja buat kenyataan yang berbeza dengan dasar parti, tapi kenyataannya itu bertentangan dengan apa yang beliau sendiri ucapkan dalam muktamar bahawa keputusan Tahaluf Silasi bersama dengan DAP dan PKR telah melalui satu perbincangan mendalam dengan para ulamak muktabar.

"Jadi beliau perlu jelaskan pendiriannya yang sebenar. Mungkin beliau ada penjelasan tersendiri atau mungkin kenyataannya diselewengkan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Nasharudin baru-baru ini menggesa PAS menyatakan pendirian tegas berhubung penghinaan Pengerusi DAP, Karpal Sigh dalam isu hukum hudud yang akhirnya disambut dengan perasaan marah pemimpin parti itu.

Ditanya sama ada Nasharudin akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat, Tuan Ibrahim berkata: "Ia bergantung kepada penjelasan beliau. Kalau Majlis Syura Ulama tidak berpuas hati...kemungkinan (dirujuk jawatankuasa disiplin) itu ada." Mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...