Ahad, 12 Ogos 2012

8 suspek tindih kanak-kanak disambung reman...



BUKIT MERTAJAM - Tujuh sekeluarga dan seorang pembantu rumah Indonesia yang didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan Chuah Wan Xuan, dua setengah tahun di Taman Bukit Minyak, Bukit Mertajam baru-baru ini disambung tahanan reman mereka sehingga 17 Ogos depan.

Majistret, Ryan Sagirann Rayner Jr membenarkan perintah berkenaan dilanjutkan.

Kesemua tertuduh kelihatan dibawa ke mahkamah secara berasingan pada jam 11.

Ibu mangsa yang lengkap berpakaian hospital telah dibawa ke mahkamah seawal jam 10.30 pagimanakala ayah, nenek, ibu dan bapa saudara serta sepupu dan amah Indonesia sampai pada jam 11 pagi.

Kesemua mereka telah ditahan kerana didakwa menyebabkan kematian Wan Xuan setelah lemas dipercayai akibat di tindih dalam satu upacara keagamaan yang diadakan di kediaman mereka di Taman Bukit Minyak. Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...